Sheikh Fathi Yakan

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?

BAB 1 : SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKIDAH
Untuk memastikan kita benar-benar Muslim dalam aqidah, kita mesti beriman dengan perkara – perkara tersebut :-
1.      Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah yang Maha Bijaksana yang tak perlu siapa pun untuk menolongNya. Buktinya, kita tengok saja alam ini penuh dengan keindahan dan tawazun yang kita tau tiada satu pun manusia dapat buat macam Allah buat. Dan kita wajib percaya bahaya apa saja yang Allah cipta bukan bersifat kekal, means one day it will destroyed. Siapa yang akan binasakan tu?  ALLAH.

2.      Beriman bahawa Allah yang Maha Mulia tak mencipta alam ni dengan sia-sia. Sebab , sangat mustahil bagi Allah yang Maha Sempurna itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Semua yang Allah cipta ada perananya. Hadamkan firman Allah ,

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, yang memiliki Arasy’ yang Mulia.”
                                                                                                            - Al-Mukminun: 115-116

3.      Beriman bahawa Allah mengutuskan Rasul-rasul dan kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, tahu asal-usul mereka dan kepada siapa mereka akan dikembalikan. Kita juga wajib beriman bahawa Rasulullah SAW, rasul yang terakhir dikurniakan mukjizat Al-Quran iaitu mukjizat yang berkekalan.

Insha Allah setakat ini dulu. Semua isi dalam bab 1 terdapat 19 isi .Saya hanya dapat menghuraikan tiga sahaja pada kali ini. Semoga bertemu dalam lain lembaran Insha Allah. Marilah sama-sama faham betul-betul Islam supaya kita takkan sesat Insha Allah.
Moga Allah redha.
 Walahu A’lam.


SyafiqahAyyubi


No comments: