Malasolat

Tajuk Entry: Malasolat. Ada seorang perempuan tanya saya, "bagaimana nak hilangkan rasa malas solat?" Oh. Ada juga ya yang malas solat. Mesti lah ada, saya dulu pun pernah dalam fasa malas solat. Even kadang-kadang rasa malas solat datang tiba-tiba. Once in a blue moon ataupun kadang-kadang sehari 3 kali, sehari 5 kali pun ada. Tajuk entry ini sebenarnya sempena istilah 'malas solat' jadi 'malasolat'. Maaf, saya tiada idea nak letak tajuk entry apa T-T Solat benda baik. Benda baik ialah anak kunci ke Syurga. Nak masuk Syurga Allah kamu expect nak semudah kira satu, dua, tiga? Nak masuk Syurga Allah kamu expect nak sesukar menyebut abjad Z hingga A? Syurga itu dipagari dengan kesusahan manakala Neraka itu dipagari dengan kesenangan. Alah, konsep ini semua tahu. Solat ini mendekatkan diri kita dengan Allah, betul? Takkan lah Makhluk Laknat Syaitan nak buat dek bila kamu nak dekat-dekat dengan Allah. Siapa nak teman dia kat Neraka nanti? So, dia pilih kamu. Kamu kena faham, rasa malas datangnya daripada nafsu. Nafsu kamu ber-cooperate secara official dengan Syaitan untuk kasi kamu malas. Malas nak solat khususnya. Dah tu kenapa kalau nak berdakwah rasa senang je? Tak rasa malas pun? Seronok je? Best je? Berdakwah kan ibadah? Berdakwah kan mencontohi Nabi Muhammad? Berdakwah kan mendekatkan diri kepada Allah? Memang lah kamu rasa dakwah seronok, sebab kamu dakwah bukan dengan cara Nabi berdakwah, Nabi dakwah ikhlas 100% untuk Ummah, tak kisah pun ada tambah followers atau likes ke tak. Kamu berdakwah bukan untuk Allah pun. Kamu seronok dapat like, kamu seronok dapat retweet, kamu seronok orang share status kamu. Memanglah seronok. Dapat populariti bagai. Kamu rasa Allah suka ke dakwah kamu yang ada riak? Kamu dakwah untuk dapat like dan retweet daripada manusia maka kamu masuklah dalam Syurga yang disediakan oleh likers kamu tu, jangan masuk dalam Syurga Allah. Dakwah itu ibadah. Ibadah itu menghambakan diri kepada Allah. Kalau kamu dakwah kerana likes, retweet, share. Maka kamu hambakan diri kepada followers dan likers kamu. Kamu mengabdikan diri kepada orang lain selain Allah? Sudah syirik kecil. So kamu riak. Riak kamu itu anak kunci ke Neraka. Have fun! Apa yang saya nak kata kan, apa kata kamu guna concept kamu seronok berdakwah itu masukkan dalam solat. Kita seronok berdakwah sebab kita dah nampak hasilnya depan mata kita secara terus. Keberhasilan dakwah kita dapat lihat secara zahir. Sebab itu kita seronok dan mahu berdakwah dan berdakwah lagi. Sekarang ini, saya nak buka pemikiran kalian. Agar kalian seronok untuk bersolat inshaaAllah. Solat. Solat ini ialah sesi untuk kita bercakap dengan Allah. Dalam sehari, Allah akan panggil kita melalui azan. 5 kali sehari. Allah panggil untuk bercakap dengan kita. Tapi kadang-kadang, kita dengar azan pun buat dek. Kurang ajar dah situ. Lepas itu kita solat pun tak khusyuk. Kurang ajar kuasa dua dah situ. Lepas solat tak zikir tak doa. Kurang ajar kuasa tiga dah situ. Pheww. Banyaknya kurang ajar. Banyak kurang ajar lepas itu nak menggedik masuk Syurga Allah? Kamu rasa kamu dapat ke Syurga tu? Kalau nak, maka taubat. Pertama, kamu malas untuk bersolat sebab kamu tak kenal siapa tuhan kamu. Siapa Allah? Kedua, kalau malas untuk bersolat sebab kamu tak sedar siapa diri kamu. Siapa kamu? Allah itu tuhan kamu. Yang menciptakan kamu. Yang telah pilih kamu untuk berada dalam iman dan islam. Cuba kamu bayang, dalam berzillion makhluk Allah yang kafir, dia pilih kamu untuk berada dalam islam, ada dalam keluarga islam. Allah dah pilih kamu dan Allah yakin kamu mampu untuk jadi muslim. Dan sekarang? Kamu khianat tuhan. Solat itu ialah tanda penghargaan kamu. Simple things Allah minta, 5 kali sehari ja! For your info, kita sepatutnya solat 50 kali sehari. Yes, that's the fact. The very first time our Prophet Muhammad met Allah, 50 rakaat! Kemudian Nabi Musa bagi nasihat kepada Nabi Muhammad, kurangkanlah, kurangkanlah, kurangkanlah. Sehinggalah rakaat solat hingga 5 rakaat. MashaaAllah! And penghargaan kamu sebagai seorang hamba Allah yang chosen one sebagai seorang muslim hanyalah solat 5 kali sehari. Mudah. Bila kamu rasa malas nak solat, itu tandanya kamu malas dah nak jadi hamba Allah. Bila kamu rajin nak ber-tweet, rajin nak ber-facebook, rajin nak ber-COC [clash of clan], kamu sebenarnya dah ubah diri kamu daripada menjadi seorang hamba Allah kepada menjadi seorang hamba sosial. Kamu jadi hamba kepada kawan-kawan kamu. Kamu jadi hamba kepada likes, retweet, share kawan-kawan kamu. Kamu abaikan tuhan kamu, dan kamu bertuhankan kawan. Hoi, kamu jadikan tuhan sebagai watak sampingan? Bila kamu jadikan diri kamu hamba kepada makhluk lain selain Allah, maka kamu tak layak masuk Syurga. Kenapa? فَادْخُلِي فِي عِبَادِي* وَادْخُلِي جَنَّتِي Itu kalam Allah daripada Quran. Allah kata: 'Jadi hamba saya, dan masuklah Syurga saya.' Well, dah jadi hamba movie, clash of clan, runningman pastu kamu nak harapkan masuk Syurga Allah? In your dream lah ataupun dont you ever dream! So, ini equation mudah: Tiket masuk Syurga Allah = Jadi Hamba Allah. Qualification jadi Hamba Allah = Solat. Solat. Itu jawapannya. Nak masuk Syurga, takkanlah tak seronok? Jom kita rajin-rajin solat! Soalang: "Bukankah efek solat hanya sekadar di akhirat tiada di dunia? Bagaimana nak seronok? Apa yang nak kasi kita beria-ia nak seronok. Sebab bukan semua orang boleh terima sentimen syurga-syurga ni." Siapa kata solat tiada efek secara zahir di dunia. Ada! Pernah rasa hidup kamu dipenuhi masalah? Kelam kabut. Sedih. Banyak marah. Masa cepat berlalu. Orang tak layan kita. Orang yang kita sayang dah tak sayang kita. Benda kesayangan kita hilang secara tiba-tiba. Mestilah pernah diselimuti masalah kan? So apa kaitannya dengan solat? Bagaimana kamu solat, begitulah juga acuan kehidupan kamu. --- Hidup kelam kabut... Datang daripada solat yang kelam kabut Hidup bermasalah... Datang daripada solat yang bermasalah Datang daripada solat yang tiada tama'ninah Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang... Datang daripada solat yg tidak lengkap, ponteng dan dilambat-lambatkan --- Hidup yang cemerlang, rezeki masuk cepat Datang daripada solat yang cemerlang, solat yang diawal-awalkan. Hidup yang tenang, semua orang senang dengan kita, layan kita elok. Datang daripada solat yang tenang, dan kita layan Allah elok [khusyuk] Hidup yang diredhai Datang daripada solat yang diredhai. --- Faham dok? So kalau nak cemerlang, nak berjaya, nak bahagia, nak seronok, nak isteri cantik, suami kacak, anak lawa, exam straight A, exam four flat, nak Syurga, tak nak neraka, semua bermula dari... Solat yang gempak! Allah kata: قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ telah berjaya orang yang beriman. Siapa yang telah berjaya? الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yg khusyuk dalam solat Orang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solat. Mudah ja. Orang yang tak khusyuk dalam solat ini sangat la parok. Sebab apa? Cuba kamu bayang, ada orang ajak kamu bercakap lepas itu kamu pergilah kat dia. Tiba-tiba orang yang ajak tu buat dek kat kamu, tak layan kamu. The same thing juga orang yang tak khusyuk, angkat takbir mulakan solat. Nak bercakap dengan Allah kononnya. Kemudian dalam solat buat dek, ingat benda lain. Solat laju-laju. Weh, mana adab kamu dengan tuhan? So, kalau nak bahagia di dunia, maka layan Allah leklok dalam solat. Kalau nak bahagia kat syurga, buat perkara yang sama. Bahagia dunia = solat. Bahagia syurga = solat. Merana dunia = jangan solat. Merana neraka = jangan solat. Simple kan? Bahagia, segalanya bermula daripada solat yang khusyuk. Jangan lambat-lambatkan, jangan malas-malas solat, jangan sengaja qadha! The heart of the matter, jagalah solat maka Allah akan jaga kebahagian kamu, dunia dan akhirat. Moga Allah redha, Nabi Muhammad suka. Wallahu ta'alaa a'laam.

No comments: