InshaaAllah


Begitu payahnya memulakan suatu perubahan .
Perubahan yang mendekatkan lagi diri ini dengan Pencipta .
Allah hambaMu lemah.
kadang rapuh dalam melangkah
Aku cuba untuk meninggalkan semua yang engkau larang
Dulu aku mengaku aku sangat jahil.
Ikhtilat pun aku tidak tahu.
Solat terumbang ambing.
mengaji jarang sekali.
Bila aku berkawan dengan mereka yang mendekatkan aku dengan pencipta
Diri ini terasa kerdil
Banyak sangat benda aku tak tahu
Tapi ..
Aku tak jadikan itu sebagai alasan
aku belajar setapak demi setapak.
aku mula tinggalkan dunia jahiliyah aku.

alhamdulilah.
Dulu aku ingat tutup aurat sekadar pakai tudung . tapi sekarang aku faham . Aku cuba pelihara
Dulu aku ingat kalau tak couple tapi mesej mesej takpe . aku silap sekali lagi.
Aku tinggalkan dunia lagha . walaupun kadang hati ini merindu cuba ku tahankan .❤
kerana aku yakin . Jodoh itu rahsia Allah.
aku bersyukur kerana Allah detikkan hati ini untuk berubah . walau masih banyak compang campingnya lagi, aku akan terus perbaiki .

No comments: