Wish

Allah selamatkan kamu !
Happy birthday to my nephew (anak cousin) yang soleh lagi mentaati Allah, Al-Aydan bin Al-Amin.
Happy 3 years old. May Allah bless you and you with all his blessings that you could never count how much it costs.
Ketahuilah sayang aunti, dunia n sangat banyak cabaran. Semoga Aydan teguh dan jgn sesekali futur.  Ingat Allah is always with us.
Aunti sayang Aydan sgt2 and I hope you will always happy with our big family.
And remember to always love your mother and father. Don't ever make them burden and worry bout you sayang.
You will always be my naughty boo and my selfie partner.
*AydanIsGoodAtReading walaupun baru kecil.
I love you sayang. :*

Tadabbur ayat

Allah ta’ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِي

(البقرة:208)

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.”

(Al Baqarah : 208)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan tentang keimanan. Allah ta’ala berfirman ” Wahai orang-orang yang beriman” Maksudnya di sini Allah memuliakan orang orang yang beriman.

 berdasarkan firman Allah ta’ala : ” Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya.” Sesungguhnya manusia diperintahkan untuk menjalankan suatu perintah supaya mereka terus menerus istiqamah dalam menjalankannya. Dalam setiap perbuatan kita menuju ke jalan Allah perlu istiqamah . taat melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya, jangan setengah-setengah, jangan seperti mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadan tetapi solat lima waktu ditinggalkan.

Dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan” Maksudnya : janganlah mengikuti gaya hidup syaitan, kerana Allah telah menjelaskan di ayat yang lain bahawa syaitan itu hanya memerintahkan untuk berbuat fahsya’ dan kemungkaran. Maka  jika orang itu berakal dia tak akan mudah termakan dengan godaan syaitan, tidak mungkin seseorang itu rela dan ridha untuk berbuat fahsya’ dan kemungkaran. syaitan juga adalah musuh bagi kita semua.

*deep

Rasa sentap baca ni..
Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan
a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap
pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya
masih remaja.
------
Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang
sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas,
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah,
mereka lemah lembut tapi sangat kental,
 hati sekuat besi waja, 
 tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), 
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, 
tak tergedik-gedik bila lelaki cuit. 
Maka aku pun mengambil langkah

untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa,
untuk mentarbiah hati mereka agar kuat,
kental dan tabah! 
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, 
lelaki soleh untuk perempuan solehah, 
cinta itu fitrah, 
carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain... 
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?" 
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah,
bertudung labuh, ikut usrah, ikut mathurat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari,
di status penuh dengan kata-kata rindu.
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW? 
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah,
Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah,
Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam
dan ramai lagi diagung-agungkan kalian.

Tapi apa kalian kenal siapa mereka? 
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? 
Ikut sikap dan akhlak mereka? 
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk  kepala kalian untuk bangun dari tidur,
untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki,  jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga.
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (aukamaqaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah
sempurna...
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya
separuh dari agama?

note: "Ada mata dan telinga kan semua?"

Ya Allah, jadikan lah aku seorang muslimah seperti mawar agama  yang tidak mudah disentuh.
 Bunga idaman agama yang memperjuangkan kebenaran agamaMu.. Aku mahu
kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah~

Ameen, In shaa Allah 

Hamba marhaen, kau harus sedar!

Harini ikut family subuh kat masjid.

Naluri asrama biasa la selalu makan ontime. Lepas settle semayang subuh ja teros perut lapaq. So I tell ibu whether she had some food in her handbag.

Rezeki aku. Ada wafer ibu simpan dlm beg. So I decide to makan kat luaq sbb xelok makan dlm masjid.

keluaq masjid ja ada kubur. First rasa seram gak la. Tapi sbb lapar, hadap ja kubur depan mata.

But then I think, macamana aku nanti? Aku selalu bayang orang dalam kubur sentiasa mintak utk dibangunkan semula utk tebus semua dosa yg pernah depa buat. Tapi apakan daya, Allah dah janjikan macam tu. Peluang Allah bg lama dah.

Aku rasa mcm depa nak bgtau mcamana rasanya sakit dalam kubur. Masa aku dok kat tangga masjid aku mcm dengar suara dlm minda menyuruh aku buat byk2 kebaikan di dunia. Itulah yg akn jadi sahammu nanti. Mindset aku pikiaq mcm tu kalau lalu kat kubur. Allah.

Ampunkan aku, Tuhan.
Bimbinglah aku kejalanMu.
Kuatkanlah aku ya Allah.

Aku lemah.

*masuk balik dlm masjid*

Physchembio report

Exclusive Report : Couple & Cinta

Aim of experiment :
Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.

Problem statement :
Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.

Hypothesis :
Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.
Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.

Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :
1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga.
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

---------------------------------------------------------------------

Conclusion Exclusive :
Aku jawab beberapa persoalan mainstream sempena report exclusive aku

Cinta, Rindu, Suka, Minat, Fall in Love, Crush?
Tidak menjadi satu kesalahan kerana semua itu ialah fitrah semulajadi yang suci.
Anugerah daripada Allah SWT kepada Makhluk Hidup manusia.

Couple?
Dosa, Haram, dan Neraka.
Apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada kepada Zina walaupun sekecil langkah Inche Kuman yang kecik tu, maka HARAM.
Couple secara obviousnya membawa kearah Zina maka automatically hukumnya HARAM.

Perbezaan Couple dan Cinta?
Cinta = anugerah Allah yang merupakan fitrah yang suci.
Couple = ialah sebuah fitrah Cinta yang telah dikotori dengan Hawa Nafsu manusia dan cap jari Makhluk Laknat Syaitan yang busuk.

Couple Islamik?
Najis = Kotor selama-lamanya.
Couple = Haram selama-lamanya.
Kalau korang mampu bersihkan & sucikan Najis maka couplelah.

Tapi problemnya Najis tu kotor dan jijik selamanya. Tak mampu nak disucikan.
Same goes to Couple, korang tak mampu nak sucikan atau nak islamikkan selamanya.

Kalau nak sangat, KAHWINLAH!

Adakah tunang boleh?
Syarat tunang = kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin dalam satu masa yang ditetapkan.

So bebudak sekarang fikir yang bila dah setuju sesama mereka maka dikira bertunang.
Betul mereka dah bertunang. Sah tunang mereka. Sah di sisi syariat.

Masalahnya, mereka tak bagitahu dengan parents masing-masing.

Uhukk uhukk,
Dah lah makan minum berak kencing masih ditanggung oleh mak bapak, ada hati nak bertunang tanpa pengetahuan parents -.-

Ini pendapat exclusive aku :
Bagi yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa, maka tidak sah hubungan tunang tersebut.

Itu namanya Couple!
Dosa, Haram, dan Neraka. Itu hadiah untuk kau

Not just that,
Walaupun dah bertunang, namun kena ingat.
Korang belum berkahwin lagi!

Jangan nak menggatal ambil gambar bersama dekat-dekat, berdua-duaan.
Tunang bukannya kahwin!

Hanya KAHWIN yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan ajnabi.

So?
Kahwinlah. Jangan tunang lama-lama

Adakah merindui atau suka seseorang dosa?
Rindu dan Suka someone ialah Fitrah semulajadi anugerah Allah special untuk makhluk hidup manusia.
Tak salah untuk rindu atau suka someone.

Tapi yang menjadi masalah ialah apabila berlebih-lebihan.
Rindu berlebih-lebihan.
Suka berlebih-lebihan.

Sampaikan gambar jadi wallpaper laptop dan phone.
Sampaikan teringat-ingat setiap masa.

Sehinggakan boleh menjadi DOSA dan HARAM.
HARAM dengan adanya Zina Hati apabila memikirkan orang yang dirindui atau yang disukai.

Conclusion of the Conclusion over the Conclusion :
Letak Cinta Allah paling atas.
Letak Cinta Allah paling tinggi.
Dan letak juga Cinta Nabi di sisi.

Cinta Allah & Cinta Nabi menandingi segala Cinta lain.
Cinta lain = Cinta parents, Cinta suami, Cinta Isteri, Cinta Dota, Cinta Runningman, Cinta couple dan thousands other laa…

Serious talk, If you guys mampu buat those things, hidup korang akan bahagia.

Bahagia dunia.
Bahagia Akhirat.
Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Sekian. Moga Allah Redha ;D

Redha

Redha.

"Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah." Jawab seorang peminat filem ombak rindu.

Redha tu.. redha lah. Kan?

Redha tu. Menerima sesuatu dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.

Ehem. Inhale. Exhale. Fuhh.

Accept the fate.
And learn to be grateful.

Takkan hanya satu benda yang kita minta dari Allah tapi kita tak dapat, kita terus nak merajuk kononnya. Sampai sanggup lupakan nikmat lain yang lebih dan lagi lagi kita perlukan? Yang Allah beri percuma. Yang Allah beri tanpa kita minta.

Hanya sebab satu pinta kita tak dipenuhi. Terus kita lupa akan nikmat lain? Kejam. Kejam kita pada diri sendiri.

There's never NO. Either two je. Samada belum sampai masanya lagi. Atau Allah nak bagi yang lebih baik lagi.

Husnudzhon dengan Allah. Sebab Allah tahu sedang kita tidak. Allah knows best. Believe.

Belajar bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur, nanti Dia tambah lagi. Kalau nak juga, usaha. Tanpa ada rasa jemu. Allah tengok usaha. Setiap titik peluh, dikira. Jangan risau. Allah ada. Selagi Tuhanmu ada, selagi itu kau takkan tercela.

Tepuk dada. Tanya Iman.

Mardhatillah




                                        

MATLAMAT KITA HANYA SATU.







ILA MARDHATILLAH.





GAPAI IA.




INSYA ALLAH.

Ukhuwah : Keimanan adalah Paksi



Tema minggu ni ialah UKHUWAH. Nampak simple namun banyak dan sangat dalam maknanya.

First and foremost, ukhuwah ni adalah jalinan persahabatan. Dari sudut yang aku faham, sahabat ialah seseorang yang akan menarik kita di saat kita selangkah lagi untuk masuk ke neraka. Sahabat ni akan berpimpin tangan dengan kita untuk ke syurgaNya.

Allah akan uji hamba2 nya untuk tengok kita ni boleh hadapi masalah atau tak. Dalam konteks ukhuwah ni, Allah uji persahabatan itu dengan sedikit perselisihan faham. Yang penting sekali macamana kita solve the trivial problem.

Jangan pernah jump into conclusion without finding the main reasons dulu. Kita ni manusia , so banyak buat silap. Jangan terus menghukum kalau ada perselisihan faham. Sebaliknya kita haruslah berbincang, guna cara Islam ajar, Musyawwarah, sesungguhnya itu lebih baik.

Last but not least, ada 3 peringkat ukhuwah yang dapat aku faham :
1. Husnudzon
2. Perkongsian 50/50
3. ITSAR (sangat susah untuk capai tahap ini.)



Conclusion : Usrah ni sangat best. Thanks sangat2 kpd kak Fatin Najwa sbb sudi beri input yang sangat membina. Insyallah aku akan perbaiki diri aku kearah lebih baik. JUST IGNORE WHAT PEOPLE SAID. THEY HAD MOUTH, kalau dah penat mengata, diamlah depa tu.

ASSALAMUALAIKUM. :)


p/s :  gambar tu untuk fail SUMUR. :D

Bacalah duhai anak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Seorang mukmin itu kalau dia berbuat satu dosa, hatinya akan ada satu titik hitam. Tapi kalau dia beristighfar, bertaubat, hati itu akan kembali bersih.

Namun kalau berterusan membuat dosa, hatinya akan menjadi hitam dan terus hitam. Bayangkan dalam sehari, berapa banyak dosa yang di lakukan.... Dosa tengok aurat orang lain, dosa mengumpat... Banyak sangat dosa... Itu baru sehari.

Boleh bayangkan tak kehitaman hati kita. Astaghfirullah.... mesti dah hitam berdenyut hati kita tu.

Oleh sebab tu, sentiasa lah bertaubat, beristighfar supaya hati kita  menjadi bersih balik.

Bila hati kita dah hitam, hati kita akan jadi keras. Lebih keras dari batu. Apabila dah keras, segala kebahagiaan untuk melakukan sesuatu amal itu dah tak ada. Nak belajar pun susah nak masuk sebab hati kita dah kotor. Dah tak ada ruang untuk semua itu.

Di sini ada beberapa tanda yang bermaksud hati kita itu dah jadi kotor.

Pada diri saya sendiri, terdapat banyak tanda2 tu. Astaghfirullahalazim :(Sedih nya rasa):

Tanda-tanda Hati Kotor

1) Gelisah walau tiada masalah

2) Selalu berbangga dengan diri sendiri

3) Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang

4) Sombong dan bongkak

5) Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya

6) Suka mengumpat dan membuka aib orang lain

7) Gembira melihat orang lain susah atau rendah dari dirinya

8) Lidah yang tajam atau laser

9) Suka menyakiti hati orang dengan sindiran

10) Berlagak alim semata2 untuk dipuji orang

bersambung....

Sama2lah kita mengubah diri kita dan carilah ilmu utk membersih hati dan amalkan.

Moga-moga bermanfaat