Malasolat

Tajuk Entry: Malasolat. Ada seorang perempuan tanya saya, "bagaimana nak hilangkan rasa malas solat?" Oh. Ada juga ya yang malas solat. Mesti lah ada, saya dulu pun pernah dalam fasa malas solat. Even kadang-kadang rasa malas solat datang tiba-tiba. Once in a blue moon ataupun kadang-kadang sehari 3 kali, sehari 5 kali pun ada. Tajuk entry ini sebenarnya sempena istilah 'malas solat' jadi 'malasolat'. Maaf, saya tiada idea nak letak tajuk entry apa T-T Solat benda baik. Benda baik ialah anak kunci ke Syurga. Nak masuk Syurga Allah kamu expect nak semudah kira satu, dua, tiga? Nak masuk Syurga Allah kamu expect nak sesukar menyebut abjad Z hingga A? Syurga itu dipagari dengan kesusahan manakala Neraka itu dipagari dengan kesenangan. Alah, konsep ini semua tahu. Solat ini mendekatkan diri kita dengan Allah, betul? Takkan lah Makhluk Laknat Syaitan nak buat dek bila kamu nak dekat-dekat dengan Allah. Siapa nak teman dia kat Neraka nanti? So, dia pilih kamu. Kamu kena faham, rasa malas datangnya daripada nafsu. Nafsu kamu ber-cooperate secara official dengan Syaitan untuk kasi kamu malas. Malas nak solat khususnya. Dah tu kenapa kalau nak berdakwah rasa senang je? Tak rasa malas pun? Seronok je? Best je? Berdakwah kan ibadah? Berdakwah kan mencontohi Nabi Muhammad? Berdakwah kan mendekatkan diri kepada Allah? Memang lah kamu rasa dakwah seronok, sebab kamu dakwah bukan dengan cara Nabi berdakwah, Nabi dakwah ikhlas 100% untuk Ummah, tak kisah pun ada tambah followers atau likes ke tak. Kamu berdakwah bukan untuk Allah pun. Kamu seronok dapat like, kamu seronok dapat retweet, kamu seronok orang share status kamu. Memanglah seronok. Dapat populariti bagai. Kamu rasa Allah suka ke dakwah kamu yang ada riak? Kamu dakwah untuk dapat like dan retweet daripada manusia maka kamu masuklah dalam Syurga yang disediakan oleh likers kamu tu, jangan masuk dalam Syurga Allah. Dakwah itu ibadah. Ibadah itu menghambakan diri kepada Allah. Kalau kamu dakwah kerana likes, retweet, share. Maka kamu hambakan diri kepada followers dan likers kamu. Kamu mengabdikan diri kepada orang lain selain Allah? Sudah syirik kecil. So kamu riak. Riak kamu itu anak kunci ke Neraka. Have fun! Apa yang saya nak kata kan, apa kata kamu guna concept kamu seronok berdakwah itu masukkan dalam solat. Kita seronok berdakwah sebab kita dah nampak hasilnya depan mata kita secara terus. Keberhasilan dakwah kita dapat lihat secara zahir. Sebab itu kita seronok dan mahu berdakwah dan berdakwah lagi. Sekarang ini, saya nak buka pemikiran kalian. Agar kalian seronok untuk bersolat inshaaAllah. Solat. Solat ini ialah sesi untuk kita bercakap dengan Allah. Dalam sehari, Allah akan panggil kita melalui azan. 5 kali sehari. Allah panggil untuk bercakap dengan kita. Tapi kadang-kadang, kita dengar azan pun buat dek. Kurang ajar dah situ. Lepas itu kita solat pun tak khusyuk. Kurang ajar kuasa dua dah situ. Lepas solat tak zikir tak doa. Kurang ajar kuasa tiga dah situ. Pheww. Banyaknya kurang ajar. Banyak kurang ajar lepas itu nak menggedik masuk Syurga Allah? Kamu rasa kamu dapat ke Syurga tu? Kalau nak, maka taubat. Pertama, kamu malas untuk bersolat sebab kamu tak kenal siapa tuhan kamu. Siapa Allah? Kedua, kalau malas untuk bersolat sebab kamu tak sedar siapa diri kamu. Siapa kamu? Allah itu tuhan kamu. Yang menciptakan kamu. Yang telah pilih kamu untuk berada dalam iman dan islam. Cuba kamu bayang, dalam berzillion makhluk Allah yang kafir, dia pilih kamu untuk berada dalam islam, ada dalam keluarga islam. Allah dah pilih kamu dan Allah yakin kamu mampu untuk jadi muslim. Dan sekarang? Kamu khianat tuhan. Solat itu ialah tanda penghargaan kamu. Simple things Allah minta, 5 kali sehari ja! For your info, kita sepatutnya solat 50 kali sehari. Yes, that's the fact. The very first time our Prophet Muhammad met Allah, 50 rakaat! Kemudian Nabi Musa bagi nasihat kepada Nabi Muhammad, kurangkanlah, kurangkanlah, kurangkanlah. Sehinggalah rakaat solat hingga 5 rakaat. MashaaAllah! And penghargaan kamu sebagai seorang hamba Allah yang chosen one sebagai seorang muslim hanyalah solat 5 kali sehari. Mudah. Bila kamu rasa malas nak solat, itu tandanya kamu malas dah nak jadi hamba Allah. Bila kamu rajin nak ber-tweet, rajin nak ber-facebook, rajin nak ber-COC [clash of clan], kamu sebenarnya dah ubah diri kamu daripada menjadi seorang hamba Allah kepada menjadi seorang hamba sosial. Kamu jadi hamba kepada kawan-kawan kamu. Kamu jadi hamba kepada likes, retweet, share kawan-kawan kamu. Kamu abaikan tuhan kamu, dan kamu bertuhankan kawan. Hoi, kamu jadikan tuhan sebagai watak sampingan? Bila kamu jadikan diri kamu hamba kepada makhluk lain selain Allah, maka kamu tak layak masuk Syurga. Kenapa? فَادْخُلِي فِي عِبَادِي* وَادْخُلِي جَنَّتِي Itu kalam Allah daripada Quran. Allah kata: 'Jadi hamba saya, dan masuklah Syurga saya.' Well, dah jadi hamba movie, clash of clan, runningman pastu kamu nak harapkan masuk Syurga Allah? In your dream lah ataupun dont you ever dream! So, ini equation mudah: Tiket masuk Syurga Allah = Jadi Hamba Allah. Qualification jadi Hamba Allah = Solat. Solat. Itu jawapannya. Nak masuk Syurga, takkanlah tak seronok? Jom kita rajin-rajin solat! Soalang: "Bukankah efek solat hanya sekadar di akhirat tiada di dunia? Bagaimana nak seronok? Apa yang nak kasi kita beria-ia nak seronok. Sebab bukan semua orang boleh terima sentimen syurga-syurga ni." Siapa kata solat tiada efek secara zahir di dunia. Ada! Pernah rasa hidup kamu dipenuhi masalah? Kelam kabut. Sedih. Banyak marah. Masa cepat berlalu. Orang tak layan kita. Orang yang kita sayang dah tak sayang kita. Benda kesayangan kita hilang secara tiba-tiba. Mestilah pernah diselimuti masalah kan? So apa kaitannya dengan solat? Bagaimana kamu solat, begitulah juga acuan kehidupan kamu. --- Hidup kelam kabut... Datang daripada solat yang kelam kabut Hidup bermasalah... Datang daripada solat yang bermasalah Datang daripada solat yang tiada tama'ninah Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang... Datang daripada solat yg tidak lengkap, ponteng dan dilambat-lambatkan --- Hidup yang cemerlang, rezeki masuk cepat Datang daripada solat yang cemerlang, solat yang diawal-awalkan. Hidup yang tenang, semua orang senang dengan kita, layan kita elok. Datang daripada solat yang tenang, dan kita layan Allah elok [khusyuk] Hidup yang diredhai Datang daripada solat yang diredhai. --- Faham dok? So kalau nak cemerlang, nak berjaya, nak bahagia, nak seronok, nak isteri cantik, suami kacak, anak lawa, exam straight A, exam four flat, nak Syurga, tak nak neraka, semua bermula dari... Solat yang gempak! Allah kata: قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ telah berjaya orang yang beriman. Siapa yang telah berjaya? الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ Iaitu mereka yg khusyuk dalam solat Orang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solat. Mudah ja. Orang yang tak khusyuk dalam solat ini sangat la parok. Sebab apa? Cuba kamu bayang, ada orang ajak kamu bercakap lepas itu kamu pergilah kat dia. Tiba-tiba orang yang ajak tu buat dek kat kamu, tak layan kamu. The same thing juga orang yang tak khusyuk, angkat takbir mulakan solat. Nak bercakap dengan Allah kononnya. Kemudian dalam solat buat dek, ingat benda lain. Solat laju-laju. Weh, mana adab kamu dengan tuhan? So, kalau nak bahagia di dunia, maka layan Allah leklok dalam solat. Kalau nak bahagia kat syurga, buat perkara yang sama. Bahagia dunia = solat. Bahagia syurga = solat. Merana dunia = jangan solat. Merana neraka = jangan solat. Simple kan? Bahagia, segalanya bermula daripada solat yang khusyuk. Jangan lambat-lambatkan, jangan malas-malas solat, jangan sengaja qadha! The heart of the matter, jagalah solat maka Allah akan jaga kebahagian kamu, dunia dan akhirat. Moga Allah redha, Nabi Muhammad suka. Wallahu ta'alaa a'laam.

InshaaAllah


Begitu payahnya memulakan suatu perubahan .
Perubahan yang mendekatkan lagi diri ini dengan Pencipta .
Allah hambaMu lemah.
kadang rapuh dalam melangkah
Aku cuba untuk meninggalkan semua yang engkau larang
Dulu aku mengaku aku sangat jahil.
Ikhtilat pun aku tidak tahu.
Solat terumbang ambing.
mengaji jarang sekali.
Bila aku berkawan dengan mereka yang mendekatkan aku dengan pencipta
Diri ini terasa kerdil
Banyak sangat benda aku tak tahu
Tapi ..
Aku tak jadikan itu sebagai alasan
aku belajar setapak demi setapak.
aku mula tinggalkan dunia jahiliyah aku.

alhamdulilah.
Dulu aku ingat tutup aurat sekadar pakai tudung . tapi sekarang aku faham . Aku cuba pelihara
Dulu aku ingat kalau tak couple tapi mesej mesej takpe . aku silap sekali lagi.
Aku tinggalkan dunia lagha . walaupun kadang hati ini merindu cuba ku tahankan .❤
kerana aku yakin . Jodoh itu rahsia Allah.
aku bersyukur kerana Allah detikkan hati ini untuk berubah . walau masih banyak compang campingnya lagi, aku akan terus perbaiki .

Sheikh Fathi Yakan

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?

BAB 1 : SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKIDAH
Untuk memastikan kita benar-benar Muslim dalam aqidah, kita mesti beriman dengan perkara – perkara tersebut :-
1.      Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah yang Maha Bijaksana yang tak perlu siapa pun untuk menolongNya. Buktinya, kita tengok saja alam ini penuh dengan keindahan dan tawazun yang kita tau tiada satu pun manusia dapat buat macam Allah buat. Dan kita wajib percaya bahaya apa saja yang Allah cipta bukan bersifat kekal, means one day it will destroyed. Siapa yang akan binasakan tu?  ALLAH.

2.      Beriman bahawa Allah yang Maha Mulia tak mencipta alam ni dengan sia-sia. Sebab , sangat mustahil bagi Allah yang Maha Sempurna itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Semua yang Allah cipta ada perananya. Hadamkan firman Allah ,

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, yang memiliki Arasy’ yang Mulia.”
                                                                                                            - Al-Mukminun: 115-116

3.      Beriman bahawa Allah mengutuskan Rasul-rasul dan kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, tahu asal-usul mereka dan kepada siapa mereka akan dikembalikan. Kita juga wajib beriman bahawa Rasulullah SAW, rasul yang terakhir dikurniakan mukjizat Al-Quran iaitu mukjizat yang berkekalan.

Insha Allah setakat ini dulu. Semua isi dalam bab 1 terdapat 19 isi .Saya hanya dapat menghuraikan tiga sahaja pada kali ini. Semoga bertemu dalam lain lembaran Insha Allah. Marilah sama-sama faham betul-betul Islam supaya kita takkan sesat Insha Allah.
Moga Allah redha.
 Walahu A’lam.


SyafiqahAyyubi


Wish

Allah selamatkan kamu !
Happy birthday to my nephew (anak cousin) yang soleh lagi mentaati Allah, Al-Aydan bin Al-Amin.
Happy 3 years old. May Allah bless you and you with all his blessings that you could never count how much it costs.
Ketahuilah sayang aunti, dunia n sangat banyak cabaran. Semoga Aydan teguh dan jgn sesekali futur.  Ingat Allah is always with us.
Aunti sayang Aydan sgt2 and I hope you will always happy with our big family.
And remember to always love your mother and father. Don't ever make them burden and worry bout you sayang.
You will always be my naughty boo and my selfie partner.
*AydanIsGoodAtReading walaupun baru kecil.
I love you sayang. :*

Tadabbur ayat

Allah ta’ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِي

(البقرة:208)

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.”

(Al Baqarah : 208)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan tentang keimanan. Allah ta’ala berfirman ” Wahai orang-orang yang beriman” Maksudnya di sini Allah memuliakan orang orang yang beriman.

 berdasarkan firman Allah ta’ala : ” Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya.” Sesungguhnya manusia diperintahkan untuk menjalankan suatu perintah supaya mereka terus menerus istiqamah dalam menjalankannya. Dalam setiap perbuatan kita menuju ke jalan Allah perlu istiqamah . taat melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya, jangan setengah-setengah, jangan seperti mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadan tetapi solat lima waktu ditinggalkan.

Dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan” Maksudnya : janganlah mengikuti gaya hidup syaitan, kerana Allah telah menjelaskan di ayat yang lain bahawa syaitan itu hanya memerintahkan untuk berbuat fahsya’ dan kemungkaran. Maka  jika orang itu berakal dia tak akan mudah termakan dengan godaan syaitan, tidak mungkin seseorang itu rela dan ridha untuk berbuat fahsya’ dan kemungkaran. syaitan juga adalah musuh bagi kita semua.

*deep

Rasa sentap baca ni..
Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan
a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap
pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya
masih remaja.
------
Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang
sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas,
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah,
mereka lemah lembut tapi sangat kental,
 hati sekuat besi waja, 
 tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), 
tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, 
tak tergedik-gedik bila lelaki cuit. 
Maka aku pun mengambil langkah

untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa,
untuk mentarbiah hati mereka agar kuat,
kental dan tabah! 
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, 
lelaki soleh untuk perempuan solehah, 
cinta itu fitrah, 
carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain... 
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?" 
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah,
bertudung labuh, ikut usrah, ikut mathurat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari,
di status penuh dengan kata-kata rindu.
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW? 
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah,
Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah,
Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam
dan ramai lagi diagung-agungkan kalian.

Tapi apa kalian kenal siapa mereka? 
Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? 
Ikut sikap dan akhlak mereka? 
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk  kepala kalian untuk bangun dari tidur,
untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki,  jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga.
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (aukamaqaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah
sempurna...
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya
separuh dari agama?

note: "Ada mata dan telinga kan semua?"

Ya Allah, jadikan lah aku seorang muslimah seperti mawar agama  yang tidak mudah disentuh.
 Bunga idaman agama yang memperjuangkan kebenaran agamaMu.. Aku mahu
kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah~

Ameen, In shaa Allah 

Hamba marhaen, kau harus sedar!

Harini ikut family subuh kat masjid.

Naluri asrama biasa la selalu makan ontime. Lepas settle semayang subuh ja teros perut lapaq. So I tell ibu whether she had some food in her handbag.

Rezeki aku. Ada wafer ibu simpan dlm beg. So I decide to makan kat luaq sbb xelok makan dlm masjid.

keluaq masjid ja ada kubur. First rasa seram gak la. Tapi sbb lapar, hadap ja kubur depan mata.

But then I think, macamana aku nanti? Aku selalu bayang orang dalam kubur sentiasa mintak utk dibangunkan semula utk tebus semua dosa yg pernah depa buat. Tapi apakan daya, Allah dah janjikan macam tu. Peluang Allah bg lama dah.

Aku rasa mcm depa nak bgtau mcamana rasanya sakit dalam kubur. Masa aku dok kat tangga masjid aku mcm dengar suara dlm minda menyuruh aku buat byk2 kebaikan di dunia. Itulah yg akn jadi sahammu nanti. Mindset aku pikiaq mcm tu kalau lalu kat kubur. Allah.

Ampunkan aku, Tuhan.
Bimbinglah aku kejalanMu.
Kuatkanlah aku ya Allah.

Aku lemah.

*masuk balik dlm masjid*

Physchembio report

Exclusive Report : Couple & Cinta

Aim of experiment :
Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.

Problem statement :
Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.

Hypothesis :
Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.
Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.

Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :
1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga.
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

---------------------------------------------------------------------

Conclusion Exclusive :
Aku jawab beberapa persoalan mainstream sempena report exclusive aku

Cinta, Rindu, Suka, Minat, Fall in Love, Crush?
Tidak menjadi satu kesalahan kerana semua itu ialah fitrah semulajadi yang suci.
Anugerah daripada Allah SWT kepada Makhluk Hidup manusia.

Couple?
Dosa, Haram, dan Neraka.
Apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada kepada Zina walaupun sekecil langkah Inche Kuman yang kecik tu, maka HARAM.
Couple secara obviousnya membawa kearah Zina maka automatically hukumnya HARAM.

Perbezaan Couple dan Cinta?
Cinta = anugerah Allah yang merupakan fitrah yang suci.
Couple = ialah sebuah fitrah Cinta yang telah dikotori dengan Hawa Nafsu manusia dan cap jari Makhluk Laknat Syaitan yang busuk.

Couple Islamik?
Najis = Kotor selama-lamanya.
Couple = Haram selama-lamanya.
Kalau korang mampu bersihkan & sucikan Najis maka couplelah.

Tapi problemnya Najis tu kotor dan jijik selamanya. Tak mampu nak disucikan.
Same goes to Couple, korang tak mampu nak sucikan atau nak islamikkan selamanya.

Kalau nak sangat, KAHWINLAH!

Adakah tunang boleh?
Syarat tunang = kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin dalam satu masa yang ditetapkan.

So bebudak sekarang fikir yang bila dah setuju sesama mereka maka dikira bertunang.
Betul mereka dah bertunang. Sah tunang mereka. Sah di sisi syariat.

Masalahnya, mereka tak bagitahu dengan parents masing-masing.

Uhukk uhukk,
Dah lah makan minum berak kencing masih ditanggung oleh mak bapak, ada hati nak bertunang tanpa pengetahuan parents -.-

Ini pendapat exclusive aku :
Bagi yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa, maka tidak sah hubungan tunang tersebut.

Itu namanya Couple!
Dosa, Haram, dan Neraka. Itu hadiah untuk kau

Not just that,
Walaupun dah bertunang, namun kena ingat.
Korang belum berkahwin lagi!

Jangan nak menggatal ambil gambar bersama dekat-dekat, berdua-duaan.
Tunang bukannya kahwin!

Hanya KAHWIN yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan ajnabi.

So?
Kahwinlah. Jangan tunang lama-lama

Adakah merindui atau suka seseorang dosa?
Rindu dan Suka someone ialah Fitrah semulajadi anugerah Allah special untuk makhluk hidup manusia.
Tak salah untuk rindu atau suka someone.

Tapi yang menjadi masalah ialah apabila berlebih-lebihan.
Rindu berlebih-lebihan.
Suka berlebih-lebihan.

Sampaikan gambar jadi wallpaper laptop dan phone.
Sampaikan teringat-ingat setiap masa.

Sehinggakan boleh menjadi DOSA dan HARAM.
HARAM dengan adanya Zina Hati apabila memikirkan orang yang dirindui atau yang disukai.

Conclusion of the Conclusion over the Conclusion :
Letak Cinta Allah paling atas.
Letak Cinta Allah paling tinggi.
Dan letak juga Cinta Nabi di sisi.

Cinta Allah & Cinta Nabi menandingi segala Cinta lain.
Cinta lain = Cinta parents, Cinta suami, Cinta Isteri, Cinta Dota, Cinta Runningman, Cinta couple dan thousands other laa…

Serious talk, If you guys mampu buat those things, hidup korang akan bahagia.

Bahagia dunia.
Bahagia Akhirat.
Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Sekian. Moga Allah Redha ;D

Redha

Redha.

"Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah." Jawab seorang peminat filem ombak rindu.

Redha tu.. redha lah. Kan?

Redha tu. Menerima sesuatu dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.

Ehem. Inhale. Exhale. Fuhh.

Accept the fate.
And learn to be grateful.

Takkan hanya satu benda yang kita minta dari Allah tapi kita tak dapat, kita terus nak merajuk kononnya. Sampai sanggup lupakan nikmat lain yang lebih dan lagi lagi kita perlukan? Yang Allah beri percuma. Yang Allah beri tanpa kita minta.

Hanya sebab satu pinta kita tak dipenuhi. Terus kita lupa akan nikmat lain? Kejam. Kejam kita pada diri sendiri.

There's never NO. Either two je. Samada belum sampai masanya lagi. Atau Allah nak bagi yang lebih baik lagi.

Husnudzhon dengan Allah. Sebab Allah tahu sedang kita tidak. Allah knows best. Believe.

Belajar bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur, nanti Dia tambah lagi. Kalau nak juga, usaha. Tanpa ada rasa jemu. Allah tengok usaha. Setiap titik peluh, dikira. Jangan risau. Allah ada. Selagi Tuhanmu ada, selagi itu kau takkan tercela.

Tepuk dada. Tanya Iman.

Mardhatillah




                                        

MATLAMAT KITA HANYA SATU.







ILA MARDHATILLAH.





GAPAI IA.




INSYA ALLAH.

Ukhuwah : Keimanan adalah Paksi



Tema minggu ni ialah UKHUWAH. Nampak simple namun banyak dan sangat dalam maknanya.

First and foremost, ukhuwah ni adalah jalinan persahabatan. Dari sudut yang aku faham, sahabat ialah seseorang yang akan menarik kita di saat kita selangkah lagi untuk masuk ke neraka. Sahabat ni akan berpimpin tangan dengan kita untuk ke syurgaNya.

Allah akan uji hamba2 nya untuk tengok kita ni boleh hadapi masalah atau tak. Dalam konteks ukhuwah ni, Allah uji persahabatan itu dengan sedikit perselisihan faham. Yang penting sekali macamana kita solve the trivial problem.

Jangan pernah jump into conclusion without finding the main reasons dulu. Kita ni manusia , so banyak buat silap. Jangan terus menghukum kalau ada perselisihan faham. Sebaliknya kita haruslah berbincang, guna cara Islam ajar, Musyawwarah, sesungguhnya itu lebih baik.

Last but not least, ada 3 peringkat ukhuwah yang dapat aku faham :
1. Husnudzon
2. Perkongsian 50/50
3. ITSAR (sangat susah untuk capai tahap ini.)



Conclusion : Usrah ni sangat best. Thanks sangat2 kpd kak Fatin Najwa sbb sudi beri input yang sangat membina. Insyallah aku akan perbaiki diri aku kearah lebih baik. JUST IGNORE WHAT PEOPLE SAID. THEY HAD MOUTH, kalau dah penat mengata, diamlah depa tu.

ASSALAMUALAIKUM. :)


p/s :  gambar tu untuk fail SUMUR. :D

Bacalah duhai anak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Seorang mukmin itu kalau dia berbuat satu dosa, hatinya akan ada satu titik hitam. Tapi kalau dia beristighfar, bertaubat, hati itu akan kembali bersih.

Namun kalau berterusan membuat dosa, hatinya akan menjadi hitam dan terus hitam. Bayangkan dalam sehari, berapa banyak dosa yang di lakukan.... Dosa tengok aurat orang lain, dosa mengumpat... Banyak sangat dosa... Itu baru sehari.

Boleh bayangkan tak kehitaman hati kita. Astaghfirullah.... mesti dah hitam berdenyut hati kita tu.

Oleh sebab tu, sentiasa lah bertaubat, beristighfar supaya hati kita  menjadi bersih balik.

Bila hati kita dah hitam, hati kita akan jadi keras. Lebih keras dari batu. Apabila dah keras, segala kebahagiaan untuk melakukan sesuatu amal itu dah tak ada. Nak belajar pun susah nak masuk sebab hati kita dah kotor. Dah tak ada ruang untuk semua itu.

Di sini ada beberapa tanda yang bermaksud hati kita itu dah jadi kotor.

Pada diri saya sendiri, terdapat banyak tanda2 tu. Astaghfirullahalazim :(Sedih nya rasa):

Tanda-tanda Hati Kotor

1) Gelisah walau tiada masalah

2) Selalu berbangga dengan diri sendiri

3) Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang

4) Sombong dan bongkak

5) Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya

6) Suka mengumpat dan membuka aib orang lain

7) Gembira melihat orang lain susah atau rendah dari dirinya

8) Lidah yang tajam atau laser

9) Suka menyakiti hati orang dengan sindiran

10) Berlagak alim semata2 untuk dipuji orang

bersambung....

Sama2lah kita mengubah diri kita dan carilah ilmu utk membersih hati dan amalkan.

Moga-moga bermanfaat

Washing machine Hatimu !

Perkara xbaik umpama debu. Walau cmna pun kita elak, pasti akan ada yg melekat pada tubuh kita everyday. Apalagi di dunia fana lani. Begitulah juga hati kita.
*analogi awesome*
Macamana pon kita jaga pasti akan ada 'kotoran' yg melekat. Kotoran = dosa

Ironically , ada few ways utk bersihkan kotoran yang terpalit di hati kita. Termasuklah :-

1. Dekatkan diri dgn Al Quran
-jgn jadikan Quran ni hanya hiasan di rumahmu. Sebaliknya bacalah ia. Satu mukasurat sehari pun dah memadai.
*tudia sibuk sgt ke bang?* paling penting hayati tafsirnya. Better lg kalau hadam isi kandungan nya dan amalkan isinya. Baru Muslim Professional !

2. Usaha tinggalkan kejahatan
- no one is perfect.  Paling penting adalah kita menyesal dgn kesilapan yang kita buat dan benar2 berazam utk tinggalkannya.

3. Berteman dengan orang baik
- no man is an island baby. Lidi sebatang pasti amat mudah dipatahkan bnding dgn segenggam lidi kan?  So it is really penting utk punya sahabt yang akan nasihat kita agar terus istiqamah atas jalan kebaikan.

4. Jaga solatmu
- cuba solat awal waktu.  Jangan tangguh. Seboleh mungkin tinggalkan jrusam duniawi yg kita buat dan bersegeralah menyahut seruan Allah.

Hanya yang sedikit inilah yang aku tahu , aku tulis ia untukmu, maka berkongsilah denganku apa yang kau tahu.


Assalamualaikum.

*Jangan futur sahabat seperjuangan ku. Allah ada !*

Ceritera 28 Ogos

Pengakhiran kepada sebuah permulaan, or what ?

*Couple
*Chat dgn ajnabi
*Sodorm
*Tak hormat org lebih tua
*Kekorean melampau
***and the list goes on and on.

Bila guna cara lembut, tak masuk. Guna cara keras sikit kata toture. What did actually you want dear ?
Sedih sangat bila tau yg org yg selama ni nampak baik mulia sopan tapi akhirnya chat dgn laki , ada adik angkat laki bagai. Amboi .
Kami tak menyibuk pasal hampa tapi sbb kalian bawah kami semua jadi kalau kalian buat salah too obviously of course tercalit sama kotoran tu. Org lain akan cakap kami gagal.
YA HAKIKATNYA MEMANG GAGAL PUN

Ingat ya, kita sekolah agama. Bawak imej agama. Kalau iman pun goyah, cmna nak selamatkan diri nti? Fitnah makin meluas kini wahai jika kau sedar !!

Conversly, tunding jari kata dia tu dia ni nak cakap dia buat salah. Yang kau tu takdak salah la? Kau lagi dahsyat mungkin. Siap bermesej bagai.
Tidakkah secalit pun keinsafan dalam hatimu?
Bila lagi nak sedar, dunia sudah nazak !

Semua sama. Tunding sejari, 4 jari mai blik kat kita. Sama ja,  sodom mengumpat sana sini.
Too much talam dua muka actually. 
Semoga pintu taubat Allah masih terbuka.

Aku juga hina.
Aku insan marhaen.
Buat dosa tak lepas.
Sbb tu gunanya taubat. Allah nak kita sayang Dia , rapat dgn Dia , tapi at fact kenapa kita jauhkan diri dari Dia.???
Argh !!
Susah nak jawab persoalan ni.
Form 2 ka form 4 ka smua sama ja termasuk AKU.

Maaf buat yang terluka.
Nak marah atau apa2 sahaja, jumpa depan2.
Orang yang cakap belakang ni ,

PENAKUT .

Aku malu padamu wahai Rasulullah :'(

Lastly ,
" JANGAN LEMAH DALAM BERBUAT KEBAIKAN.
JANGAN SESEKALI RASA MEGAH DENGAN BERBUAT KEJAHATAN "

Anugerah Cemerlang 2014

Takbalik hehe.



Kucintakut

Bukan apa,


Dah banyak dah actually.


Kau apa tau.

#3Syawal

Raya kedua part 1

Mujibur2 hamba. :D

1435 H

Salam Aidilfitri.

Ikhlas dari Ayub Khan sekeluarga

Minal aidin wal faizin.

Bila lagi nak buat baik

Ukhuwah.

Bahagia kita.

Sedih kita.

Mahal kita.

#takdakapa

Aku merindukan suasana dulu.





Sangat rindu.

Babai

Now aku baru faham.

Kita lupa en?

Kita tk nak ramadhan pergi. Kita belum puas bersweet sweet dengan ramadhan tapi ramadhan dah nak pergi.

Kita menangis keluar air mata darah sekali pun, ramadhan takkan berpatah balik. 

Actually, cuba tanya diri. Selama 28 hari aku berpuasa, apa yang aku dapat?

Boleh kawal nafsu?
Boleh sabar?
Boleh tahan marah?
Boleh jaga mata?
Boleh jaga hati?
Hubungan kita dengan Allah semakin dekat atau semakin jauh?
Boleh istiqamah bangun qiam?

Kalau lepas bulan ramadhan kita boleh buat semua tu. Alhamdulillah.

Kalau tk boleh? Nak menyesal sebab tk hargai ramadhan betul betul?

Lagi sehari je. So, kalau 28 hari kita tk buat ibadat betul betul. Memang menyesal T^T

Sayangkan? Ramadhan dah nak pergi. In shaa Allah tahun depan kalau Allah izinkan, kita akan jumpa lagi dengan ramadhan :)

Husnudzon dengan Allah!

Ramadhan jangan pergi

Duhai Ramadhan, mengapa engkau berlalu terlalu pantas?
Aku masih menagih keampunanNya
Dibulan istimewa ini.
Sedar tak sedar, sebulan sudah engkau menyinari.
Menghadiahkan umat malam lailatulqadar.

Masihkah ada peluang untukku bertemu denganmu lagi?

Allah :'(

Lu'lu

52 : 24
Wahai muslimah,
Ini janji Allah kepada mutiara tersimpan. Kita lah mutiara itu jika kita pelihara.  
Subhanallah,
Indahnya syurga Allah.

Usrahh

Time usrah tadi ada orang bagi soalan.

'Ustazah, cemna nak tegur kawan yg obses dgn lelaki sampai ckp laki tu bakal suami dia ?'

Deep. So deep.
Like Indian Ocean



Then ustazah jawab, bila kita buat mcm tu, kita umpama tambah beban dlm kepala. Contohnya, SPM 11 subjek pon macam nak gila study apatah lg bila ditambah beban cinta yang haram, xsampai masa lagi,

Dok gatai.



So, belajar dulu okay . Bak kata Busyra, sebelum kau bersuami, cium dulu tangan umi. ☺

Vera

Dalam Group WhatsApp Ukhuwah Vera, we message with Aziah. Then I made this

Pastu dia kata "Jangan bagi harapan nanti tersembam ke tanah"




Argh, aku malu dengannya.




Dia sungguh mulia di mataku.



Uhibbuki Fillah Aziah !💞

Dos Cinta

Sebab hati kita kering cinta lah berlakunya fenomena sombong, angkuh, dengki , tamak dan sekutunya.

Kita kena tau yang hubungan kita dgn manusia bersangkut dengan hubungan dengan Allah.  Kalau hubungan dengan Allah pon terumbang ambing macamana nak cinta dgn manusia?

Itulah pertama-tama yang harus di'repair!'


ALLAH SUKA MUKMIN YANG KUAT.
TAPI MUKMIN YANG merendahkan sayapnya (merendahkan kuasanya) TERHADAP MUKMIN YANG LAIN, ITULAH 'KELEMAHAN' YANG ALLAH PALING SUKA!


Alangkah indah kalau hati kita berlemah lembut. Berusaha mencintai Allah dan Rasul. Tiada hasad dengki, caci-maki bahkan sangka buruk sekalipun !


Islam cenggini baru mantopp :3 

#PrayForZaff


She used to be a happy excited girl. But now dapat berita about her family. Please pray for her family.


 Allah knows best.



Allahu Akhbar. 

Itik

Setianya pantai pada si ombak,
Walaupun ombak selalu pergi jauh namun akhirnya arusnya ke pantai jugak.





Begitu juga aku.



Gemorning.

Hakikat.



Aku sayang semua kawan aku,
Walaupun kekadang kecewa

Namun aku tetap perlukan mereka,
Sebagai penghibur duka lara.

Bersyukurlah.

VG

Malu dengan VG yang pi KISAS. Bahagia mereka kat sana tanpa perlu memikirkan masalah batch.

Aku?

Hergh. Capek

Ada ex-VG haritu kata dia bertuah keluar Irshad sebab VG dah nampak berpecah. Homaii

Tapi masih positif !

Macam Hafiz Aznan post, seteruk kita pon mana ada batch lain boleh jadi macam kita.

Akan cuba memahami apa dia tulis.

Jom bersatu!

AKU CINTA AKAN KESATUAN UMMAH

Insya Allah kami akan buktikan !



Haritu masa last day kem Pandu Puteri, seorang guru ada sembang2 dengan kami. Tetiba dengar guru tersebut cakap pasal batch aku.

" Vigorous is not vigorous at all. In class they're very dim. But Valours, they're truly valours."


Oh, sungguh sentap ! Patah seribu hatiku~ Tapi takboleh nafikan 100% apa yang cikgu cakapkan. Entahlah, batch aku ni susah nak bersatu. Bukan kami yang kata, tapi feedback dari ramai orang termasuk KP.

Yes memang susah nak rapat semua skali sebab puak2 sangat banyak. Masa Hari Guru haritu agak sedih la dengan pihak2 yang lepas tangan sewenangnya dari meng'handle' apa yang sepatutnya dia buat. 

Kalau ikhtilat pulak, lagilahh payah. Dekat sekolah cakap gitu gini pandai . Tapi dekat alam maya sungguh dahsyat, sehingga mengalahkan Perdana Menteri, ngko! 

Jujur aku teringin ukhuwah seperti senior Valouritas , Fivers, 0711. Rasa best sangat tengok depa. 

Mungkin Allah tak izin lagi kot semua tu. Terus meneruslah bersangka baik kepada Maha Agung, Insya Allah satu hari nanti VIGOROUS 1115 akan bersatu.

Amin.


Ehh ?

Balas Dendam

Nak cerita sikit boleh ?


 "Eh, kau pehal? Orang takmau tau pon pasal hidup kau la. Boo~"

"Lantak aku lah. Blog aku, takmau baca boleh close window maa." *tepuktepuknyampah*

Semalam dok ready nak tidoq tetiba ada orang mesej
Dia kata hai . Ewww.
Menambah dosa membazir kredit aku ja

Unknown number lak tu ! Nak ber'addmath' dengan aku pon tunggu esok la woi.

Tetiba dia cakap merapu, orang Johor la. But first thing first aku yakin ni mesti kawan pompuan aku yang tak abih2 nak test aku sama macam si Zaff dok buat, Ergh. ' Memang  depa ni suka test aku. Tapi kadang2 ada kelebihan dia sebab kita dapat bersedi kalau kena kacau dengan laki. Tak gitu?


Ermmm..


Siaplah kau kalau aku tau yang kau ni pompuan!


Terima kasih kerana baca sampai habis hahahaha.

Blessed.

Dadiduu

                                            

Assalamualaikum peeps awesome! yeah, yesterday 5th of April was a red-letter day for AIRIS students coz we had cross-country . And I tak lari as I was diagnosed with asthma. I tak depressed sangat takboleh lari sebab Maui cakap kat I, 
segala Allah bagi ada hikmahnya. Mungkin kalau aku lari aku akan jadi riyak.Bersangka baiklah kat Allah.

Ala, kalau taklari pun boleh tolong cikgu siap2 hadiah haha. Best pa sembang2 ngan cikgu.
Di sini, aku ingin menzahirkan kesyukuran tak terhingga sebab tahun ni pemerintahan Irshad semua baik2. Apapun serah kepada Allah and that was the best. Tahniah seniors !

Aku ada lebih kurang 2 tahun lagi sebelum meninggalkan Irshad. Uh, taksanggup !

Jom cedok tarbiyyah banyak2 sebelum keluar sekolah tercinta ! :)

p/s: Tahniah Rumah Ali dapat no 2. Kita boleh pergi jauh guys ! Insyallah
Kepada 2 Irshadians yang accident semalam, semoga cepat sembuh .Ingat, Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Teruslah berdoa :D

Hati

Ada satu hari aku frust pasal hati rasa remuk sangat rasa emo semacam
( -,- hiperbola)

Syukur ada sahabat tolong nasihat.
  She said:

"Jangan nafikan perasaan cinta tu ,
tapi kawal ia. Agar takjadi fitnah."

Cinta itu suci. Jangan cemarkan ia dengan murka Ilahi.

Terimakasih sahabat.

Aku Hamba

"Biarlah dunia aku berpenat,
 Akhirat tempat aku berehat."
-AhmadAmmar-

Insya Allah aku akan berubah.
Benda baik perlukan pengorbanan.

Bismillah.

ALLAH...



Seronok bila tengok buddy aku dpat hadiah time birthday dia haritu. Semua wonder sapa la pengirim hadiah sangat bermakna tu. Suddenly, aku rasa macam sedih sebab tak sapa kisah pasal aku , cakap2 pasal aku, *ye ke?, kau apa tau?*

So balik dom ngadu kat LELE, unofficial advisor aku. Dia nasihat aku, 
BIAR KITA TAKJADI  BUALAN ORANG KAT DUNIA., JANJI KITA JADI  BUALAN YANG DI LANGIT TU. 
Lagi seronok lagi awesome. Seronok tau malaikat, para penghuni syurga sembang pasal kita. Subhanallah ~
Jadi, jangan kisah semua tu. Kalau org cakap2 pasal dia kira syukur laa. Dia Allah bagi kelebihan sikit. Kita pon ada kelebihan tersendiri. Every beauty has its own tragedy., kan?

Allahumma salli a'la muhammad.

PS : Happy Birthday dear :) May Allah bless you.