AL- HAYA'

haya

Haya’ (Malu/Modesty)
الإيمان بضع وسبعون شعبة والحياء شعبة من الإيمان
“Iman itu mempunyai lebih daripada 60 cabang, dan haya’ (malu) itu satu cabang daripada iman.” (HR Muslim)
الحياء والإيمان قرناء جميعا، فإذا رفع أحدهما رفع الآخر
“Sifat haya’ (malu) dan iman itu adalah seiringan. Apabila diangkat salah satu daripadanya, maka yang lain akan terangkat juga.” (HR Baihaqi)
الحياء من الإيمان والإيمان في الجنة
“Haya’ (malu) itu datangnya daripada iman, dan iman membawa kita ke syurga.” (HR Bukhari)
إن لكل دين خلقا ، و خلق الإسلام الحياء
“Setiap cara hidup (Din) ada karakternya yang tersendiri, dan karakter bagi Islam ialah haya’ (malu).” (HR Abu Daud)
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى: إذا لم تستح فاصنع ما شئت
“Sesungguhnya antara pesan kenabian terdahulu (perkataan para nabi) yang telah diketahui oleh manusia adalah, ‘Apabila kamu tidak mempunyai rasa malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.’” (HR Bukhari)


No comments: