AL- HAYA'

haya

Haya’ (Malu/Modesty)
الإيمان بضع وسبعون شعبة والحياء شعبة من الإيمان
“Iman itu mempunyai lebih daripada 60 cabang, dan haya’ (malu) itu satu cabang daripada iman.” (HR Muslim)
الحياء والإيمان قرناء جميعا، فإذا رفع أحدهما رفع الآخر
“Sifat haya’ (malu) dan iman itu adalah seiringan. Apabila diangkat salah satu daripadanya, maka yang lain akan terangkat juga.” (HR Baihaqi)
الحياء من الإيمان والإيمان في الجنة
“Haya’ (malu) itu datangnya daripada iman, dan iman membawa kita ke syurga.” (HR Bukhari)
إن لكل دين خلقا ، و خلق الإسلام الحياء
“Setiap cara hidup (Din) ada karakternya yang tersendiri, dan karakter bagi Islam ialah haya’ (malu).” (HR Abu Daud)
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى: إذا لم تستح فاصنع ما شئت
“Sesungguhnya antara pesan kenabian terdahulu (perkataan para nabi) yang telah diketahui oleh manusia adalah, ‘Apabila kamu tidak mempunyai rasa malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.’” (HR Bukhari)


Promo Minggu 6 Playboy itu Suami Aku


Love it . tunggu 3 hari memang xsenang duduk at last baru ada. Yayy !


Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan,  

Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan) dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.

*

Tabarruk (Repost)



Tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan sesuatu yang mulia. 

Hukum tabarruk adalah HARUS (DIBENARKAN).

Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya : "Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata : Asma mengeluarkan kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yang berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpan oleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dalam air untuk menjadi ubat kepada orang yang sakit di kalangan kami."

Imam Khatib al-Baghdadi, dalam karya beliau yang  masyhur "Tarikh Baghdad" pada jilid 1 halaman 123, menulis kisah Imam asy-Syafi`i RA berkata: " Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku solat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan. "