#Hadis

Hasan Al-Basri Rahimahullah pernah berkata :
" Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap CINTA DUNIA sebahagian dari DOSA BESAR. Demi Allah ! Sungguh orang yang mencintainya benar2 termasul dosa yang besar. Dan tidaklah dosa2 menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai Al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya ? "

CINTA DUNIA MERUPAKAN PENYAKIT YANG SANGAT BAHAYA !  
Sentiasalah mencari ilmu walau di mana kita ada. Ilmu takkan pernah habis.

Wallahua'lam.

Sumber- Majalah Jom! Isu 21

Monsters- Eminem ft. Rihanna

Fame may be a balloon
Cause my ego inflated.


#Oyeah

Assalamualaikum.

'Dan kasih sayang Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?'
(Ar-Rahman)

Ayat yang diulang2 Allah kepada manusia. Kepada aku. Untuk mata yang melihat, untuk kaki yang melangkah, untuk nyawa yang masih ada. Kasih sayang Tuhan yang mana yang aku tidak mahu akui?

Ayuhlah sedar. Nikmat Allah tidak terkira luasnya. Menurut buku Gen-Q edisi November., dua nikmat yang selalu manusia lupa iaitu masa lapang dan kesihatan.

Maanfatlah waktu cuti dengan perkara berfaedah, the most important is jangan lupa tugas kita sebagai DA'IE di bumi Allah ini.

JOM DAKWAH !

# Untitled

'saya dulu degree tadak awek pun boleh berjaya.

 daripada awek wajarlah simpan duit beli aiskrim selepas

 penat belajar. ataupun simpan duit tengok bola ka.'



Ni ayat dari Shahkang Aizat, 24 years old. Dia mechanical engineer selain menulis novel bermanfaat. Baru2 ni beliau terpilih mendapat biasiswa dari YDP AGONG. memang salute aa laki ni, Sekarang dok buat Phd. Bayangkan, Phd diwaktu umur 24 tahun ! Klau budak besa, 24 tahun baru degree paa. Memang dia budak pandai Alhamdulillah.

So, ambil contoh dari hidup dia.

Dia takcouple boleh berjaya jerk. Apa alasan kalian couple bole bimbing ke arah kejayaan ?

Pirah. 

Macam marah je? Marah ke?

BERTAUBATLAH.

Al-Aydan

Assalamualaikum ! Apa khabar semua? Iman macamana harini? Aku nak share about seorang budak 2 tahun . He's my nephew ( cousin's son ) whom is Muhammad Al-Aydan bin Al-Amin.Dia ade abang tapi abang dia stay dengan papa kat NZ. He was born there. -ORANG MAORI -.  
Actually, I am so happy sebab dia balik. lamaa sangat tak jumpa. Mmuah! So below are some pictures I got before he's sleepy. Kalau ngantuk susah nanti. Enjoy! 
Location : Rumah dadi
Time : Lunch

Don't disturb me please



Shedapnyee. 

Minum skyjuice




He's excited to know what it is in the room.

Sapa comel? Aydan cutee

I'm handsome

Kakak, I'm a cute boy right? 

Muka dia mirip seseorang la .

After video session

Cheese~
I was so grateful sebab Allah kurniakan family like this. Aydan is one of 25 cicit dadi and tokba. Love him !

BYE.

Kenapa Aurat Wanita lagi banyak daripada Lelaki ?

Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

#Renungan

' Orang-orang beriman sangat mencintai Allah '
( Al Baqarah 2: 165 )



Jadikanlah Allah sebagai kekasih sejati dalam hidupmu,

Ya Allah, janganlah bagi aku kecewa sangat. Amin. Huaaa !!!

Own It-Drake

You're still the one that I adore
Ain't much out there to have feelings for
Guess who it is? Guess who it is?

YOU

Entah #1

                                                             

Nak tengok Highland tower !

Arghh

Apesal butang FOLLOW takboleh tekan?? Kesian orang yang nak follow aku.

Ceh.

Redha, Pasrah. Aku akan cuba baiki

Cukuplah Allah bagiku !



Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkanhasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Mari lazimkan membaca kalimah ini, hasbunallahu wani’ mal wakil.

10 Muharram :)



Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. 



Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan/menyenangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahunnya."

Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun."  Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72) 

Yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih banyak atau lebih istimewa daripada hari biasa, serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.  


Nawawi al-Jawi mengatakan: “Sungguh telah datang hadis mengenai puasa dan memberikan kemudahan pada keluarga (pada hari Asyura). Ada pun selain keduanya tidak ada hadisnya.” (Nihayatul Zain, Dar al-Kutub al-Islamiyah, Hal. 226)


Wallau 'alam.