PeSanan unTuk oRg yanG caNtiK


Assalamualaikum and selamat tengah hari semua .
arini , putry ade something jugak nak share dengan korang . seperti yang kita semua tahu , setiap wanita di dalam dunia ini nak cantik , betul tak ? ade yang dah cantik sejak dari azali lagi , tapi seperti yang kita semua tahu , cantik adalah subjektif .
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya .
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur .
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

CaRa Nabi menjaGa keSihatan diRi

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.


Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Apakah "VALENTINE" yang kamu agungkan?????

Dari namanya saja, perayaan "Hari Kasih Sayang" ini serasa memiliki perpaduan sebuah tradisi yang bernuansa Kristiani dan Roma kuno. Ada beberapa versi mengenai legenda dari sosok Valentine ini.

Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Valentine bersama rekannya Santo Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Kaisar Claudius II kala itu. Pasalnya, kaisar tersebut menganggap bahwa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik performanya ketika berperang. Ia melarang para pemuda untuk menikah demi menciptakan prajurit perang yang potensial.



Nah, Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Ia secara diam-diam tetap menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan. Hal ini dilakukannya secara rahsia.

Lambat laun, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun tercium oleh Claudius II. Valentine harus menanggung perbuatannya. Ia dijatuhi hukuman mati. Ada sebuah sumber yang menceritakan bahwa ia mati karena menolong orang-orang Kristen melarikan diri dari penjara akibat penganiayaan.



Dalam legenda ini, Valentine didapati jatuh hati kepada anak gadis seorang sipir, penjaga penjara. Gadis yang dikasihinya senantiasa setia untuk menjenguk Valentine di penjara kala itu. Tragisnya, sebelum ajal tiba bagi Valentine, ia meninggalkan pesan dalam sebuah surat untuknya.

Ada tiga buah kata yang tertulis sebagai tanda tangannya di akhir surat dan menjadi populer hingga saat ini—-‘From Your Valentine.’ Ekspresi dari perwujudan cinta Valentine terhadap gadis yag dicintainya itu masih terus digunakan oleh orang-orang masa kini. Akhirnya, sekitar 200 tahun sesudah itu, Paus Gelasius meresmikan tanggal 14 Febuari tahun 496 sesudah Masehi sebagai hari untuk memperingati Santo Valentine.



Versi lain tentang Valentine dimulai pada zaman Roma kuno tanggal 14 Febuari. Ini merupakan hari raya untuk memperingati Dewi Juno. Ia merupakan ratu dari segala dewa dan dewi kepercayaan bangsa Roma. Orang Romawi pun mengakui kalau dewi ini merupakan dewi bagi kaum perempuan dan perkawinan. Dan sehari setelahnya yaitu tanggal 15 Februari merupakan perayaan Lupercalia.

Kala itu, anak-anak lelaki dan perempuan harus dipisahkan satu sama lain. Namun, pada malam sebelum Lupercalia, nama-nama anak perempuan Romawi yang sudah ditulis di atas kertas dimasukkan ke dalam botol. Nah, setiap anak lelaki akan menarik sebuah kertas. Dan anak perempuan yang namanya tertulis di atas kertas itulah yang akan menjadi pasangannya selama festival Lupercalia berlangsung keesokan harinya. Kadang-kadang, kebersamaan tersebut bertahan hingga lama. Akhirnya, pasangan tersebut saling jatuh cinta dan menikah di kemudian hari.Cinta yang lahir berlandaskan nafsu semata2 mata.Kerana tradisi mereka begitu, meraka xdapat menghasilkan anak yang berkualiti.Perempuan melhirkan anak tetapi xmampu mnjaga anak dengan baik.

Dari sini ade jugak yg mengatakan pada malam mereka bersama, air yang terhasil dari hubungan mereka itu disimpan dalam botol.Setelah itu, mereka akan menjampi-jampi air tersebut dan menjadi air holy.(suci)Air ini digunakan semasa upacara keagamaan yg berlangsung tiap minggu.

Setelah melihat sejarah peristiwa tersebut, masihkah kita ingin merayakannya? Tentunya tidak kan?

 Memang terkejut sebab Burger King ini ramai peminat. Kawan aku kata Burger King ini sedap, lepas tu besar dan mengenyangkan. Tapi aku tak pernah rasa. Apa yang mengejutkan adalah gambar ini..



 Tengok betul-betul pada bungkusan ini.Amat terkejut kucing aku melihatnya.

Bungkusan ini didapati pada tempat pembuangan sampah. Mungkin sebab daging-daging ini sudah expied. Tutt tutt ada orang jumpa.
Daging yang sudah bertukar hitam..eii...

Semua adalah daging babi @ khinzir. Yang diimport dari USA.

Benda ini bukan berlaku di Malaysia. Mungkin di Malaysia tak guna daging pork tapi kita kena berhati-hati, jangan main tibai je. Lebih baik la kita makan burger seperti  Ramli Burger dan produk2 keluaran muslim yang lain. Ingatlah makanan itu akan menjadi darah daging kita. Mencegah lebih baik dari mengubati!

Minah Tudung...

Assalamualaikum. Akhir-akhir ini berbagai jenis tudung yang dijual dipasaran tapi bukan salah tudung, yang salah ialah PEMAKAI TUDUNGNYA. Tak salah nak berfesyen tapi kena la tahu batas-batasnya. Jangan orang nak bertudung dia bertudung tapi alur bontot pun orang boleh tengok.

http://img220.imageshack.us/img220/4366/tudungseksi.jpg

 Fesyen kain halal haram. Bila melangkah haram dan bila tutup halal..tapi memang salah fesyen macam ini. Kalau nak pakai fesyen kain halal haram ni cuba la guna kain dalam yang tidak menampakkan betis gebu anda ( better gunalah kain dalam berwarna hitam ). Nanti  kalau korang pakai macam ini terus buaya terkam. 

http://h-3.abload.de/img/11tf8o.jpg

 Ini pulak aku tak faham la kenapa dia tanpa segan silu pakai seluar macam ini, nampak pulak seluar dalam. Adakah lebih baik anda tak payah pakai apa-apa clear je mata orang tengokkan?. Dia ni perasan atau tidak? Dah tahu legging tu nipis dan menampakkan semua celah melah anda kenapa dipakai dikhalayak ramai? Tak malu sungguh..!
http://4.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0xN1HdPkI/AAAAAAAAAS8/uQC8hIgO03A/s1600/bogel%2B7.jpg

Fesyen macam ini membuatkan aku malu je tengok, tambah-tambah kalau depan mata aku. Dahlah seluar bawah pusat baju pula atas pusat jadi keluarlah dan tersembullah benda yang tak sepatutnya. Jadi mata pun menjadi juling bila melihatnya. Ibarat pakai tudung tapi tunjuk punggung.


http://4.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0xMUN7rjI/AAAAAAAAAS0/PXd6XRaMvnk/s400/bogel%2B6.jpg

Kadang-kadang mereka memang suka fesyen ini sebab nak tunjuk jenama seluar dalam yang beratus-ratus. Apa ke jadahnya begini? Korang bila nak keluar tengok pakaian dulu depan cermin. Tonggenglah punggung tu dulu nampak lurah ke tak..kalau nampak segala kerak-kerak punggung kalian silalah pakai baju yang labuh. Bukan cantik fesyen macam ini. HODOH!!
http://3.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0w3mE5j9I/AAAAAAAAASM/OMzizHjKQ5A/s1600/bogel%2B1.jpg
 Fesyen macam ini memang acapkali aku tengok tambah-tambah majlis perkahwinan. Pengantin pun kadang-kadang mengenakan fesyen macam ini. Belum lagi bagi suami tengok orang lain dah merasa puas tengok. Kalau nak pakai fesyen baju lut cahaya ni silalah pakai inner. Pada pandangan aku memang BURUK la wei. 

http://3.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0xQmgJ9YI/AAAAAAAAATU/ITYEJxTfc4k/s1600/bogel%2B10.jpg

Aku pun tak tahu motif apakah yang ingin diketengahkan oleh wanita ini? Lebih baik engkau cabut je tudung tu sebab mungkin ia lebih nampak "sopan" sikit dari begini. Ayah, ibu, cikgu dan masyarakat sila terangkan apa itu aurat wanita? nanti anak-anak anda cuma tahu rambut sahaja perlu ditutup tapi yang lain bukalah seluas-luasnya.

http://4.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0w6q-KVeI/AAAAAAAAASk/7uVD_y031l8/s1600/bogel%2B4.jpg

Fesyen macam ini cukup digemari oleh muda mudi masa kini. Nak ikut perkembangan fesyen la konon? Contoh, pakai baju masuk dalam seluar..apam balik pun orang boleh image. Lepas itu yang menghodohkan lagi wanita bertudung bila pakai baju tapi baju luar singlet yang berbentuk cup bra. Nak jadi superman ke? ( lepas ini pakai spender di luar ye..kan nak ikut fesyen sangat..haa hambikk kau )

http://1.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0w35xqUxI/AAAAAAAAASc/PcP0CLkDg48/s1600/bogel%2B3.jpg


Ini adalah fesyen ekor kuda. Nak tunjuk rambut baru lepas buat rawatan rebonding ke? Pakai jari pun bolehkan?...Baju mc org gilaa jaa...

http://2.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0xQanNSFI/AAAAAAAAATE/H5JsAWJHeSU/s1600/bogel%2B8.jpg

Bersukan tu tak salah tapi pakaian yang dipakai oleh si pemakai itu yang salah. Kalau suka sport pun janganlah tiru pemain football? Tapi aurat lelaki kan dari pusat ke lutut? Pakai la seluar panjang la adik oii..kalau tak ada mari sini akak bagi kain batik ye..

http://4.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0w6lpWeWI/AAAAAAAAASs/o9dRKI7fJ7k/s1600/bogel%2B5.jpg

Entahlah..tak tahu nak kata apa..lu fikirlah sendiri!

http://3.bp.blogspot.com/_fB2df05Ofoo/TR0xQmmZ1rI/AAAAAAAAATM/OWz7G2O2Zw8/s1600/bogel%2B9.JPG

Bestnya usung anak dan isteri. Tapi sebelum keluar rumah tu cik abang kenalah tegur dulu pakaian isteri. Kalau dalam bilik tak apalah. Isteri anda tanggungjawab anda..isteri tak menutup aurat anda kena tanggung. Isteri anda perhiasan anda bukan perhiasan orang lain. SO ingatlah!!

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana. 

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut  perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia. Bila ditegur tak pakai tudung..mereka akan jawab "ala perempuan bertudung pun bukannya baik"..memang tak dinafikan tapi menutut aurat adalah perkara WAJIB. Meraka yang bertudung litup tapi akhlak buruk itu urusan dia dengan ALLAH SWT bukan urusan kita nak persoalkan semua itu hanya Allah yang boleh menghakiminya.